Antara royalti petronas dan wang gantirugi konsesi lebuh raya bertol.

 

Seringkali kelihatan dikaca tv PM suka membuat perbandingan terhadap isu-isu besar yang selalu dikemukakan terhadapnya. Saya cuba mengulas isu royalty ini dalam bentuk perbandingan yang sangat digemari oleh mahathir ini. 

Sebagai perbandingan perjanjian dengan syarikat konsesi lebuhraya. Pihak kerajaan sangat berpegang teguh dengan terma-terma perjanjian sehinggakan sanggup untuk membayar gantirugi walaupun itu merugikan rakyat. Apakah bezanya perjanjian dengan sebuah kerajaan negeri yang tentunya lebih perlu dipatuhi dan diutamakan .

  Disini mungkin jelas pembayaran wang gantirugi kepada syarikat konsesi ini adalah lebih berbentuk wang ikhsan?. Jika tidak kenapa perlu disembunyikan kepada rakyat terma-terma perjanjian yang telah dipersetujui. Dimana ketelusan kerajaan dalam hal ini.

  Dari segi logik pula tidak ada sebab wang Ikhsan (dibaca wang kasihan) diberikan pada kerajaan parti lawan melainkan ianya terpaksa ataupun dipaksa. Sebenarnya BN telah pun mengakui tentang sahnya perjanjian ini sehinggakan ia tidak berani untuk menghapuskan terus royalti ini secara terang-terangan. Hanya dengan cara penghapusan perlahan-lahan berupaya membendung kemarahan rakyat. Akhirnya selepas 1 tahun maka akan ada usaha-usaha untuk memberhentikan terus wang ini atas alasan ianya wang yang diberikan secara sukarela. Saya nampak bagaimana BN cuba untuk melenyapkan liability kesan dari perjanjian ini secara perlahan-lahan agar ianya tidak terlalu nampak melampau. Banyak perkara yang dapat dibuat oleh BN dengan duit sebanyak 810 juta, lagi banyak jika didarabkan dengan 3 tahun sebelum sampai tahun 2004.

  Jika ianya betul sebagai wang sukarela, apakah alasan yang boleh BN berikan tentang pembayaran wang sukarela ini terhadap kerajaan PAS. Kenapa terlalu banyak wang yang hendak diberikan terhadap kerajaan parti lawan. Kenapa tidak diberikan pada negeri-negeri lain seperti Perlis, Kedah atau negeri tempat kelahiran menteri pakar membakar jambatan dan pakar pembelit itu.

  Sebagai kesimpulan Mahathir cuba untuk mengalihkan perhatian dari isu rasuah dan salah guna kuasa terhadapnya kepada hal-hal yang tidak bersangkut paut dengan diri dan kaum kroninya. Setiap isu yang menimpa keatasnya umpama tumbukan padu tepat kejantungnya. Sebenarnya Mahathir amat perlukan masa rehat selepas hampir tersungkur digelanggang. 

 

 

Wallace BraveHeart @ Ahyam

1609a